Kursus eRezeki
23 March 2018 | Aktiviti TerkiniPada 19-22 Mac 2018 baru-baru ini, telah diadakan kursus eRezeki fasa kedua di Pusat Internet 1 Malaysia Putrajaya Presint 9 Fasa 3 (19-20 Mac 2018) & Presint 9 Fasa 10 (21-22 Mac 2018). Seramai 18 peserta yang terdiri dari petugas-petugas Pusat Internet telah menyertai kursus tersebut dan berjaya menamatkan kursus tersebut. Kursus eRezeki ini memberi peluang kepada petugas-petugas Pusat Internet untuk bersama-sama memperkenalkan program ini dengan komuniti bagi menjana pendapatan tambahan secara atas talian. Peserta-peserta diperkenalkan dengan berbagai-bagai aplikasi yang disediakan di atas talian bagi tujuan program eRezeki tersebut.
Berikut adalah kebaikan dan kelebihan menghadiri kursus yang dianjurkan
Program ini memberi peluang kepada peserta untuk mendapat lebih maklumat berkaitan eRezeki serta aplikasi atas talian bagi mengumpul mata ganjaran sekaligus dapat menjana pendapatan sampingan.
Berikut adalah antara aktiviti yang diadakan sepanjang program ini dijalankan
- Petugas-petugas Pusat Internet diperkenalkan dengan eRezeki dan aplikasi-aplikasi yang berkaitan.
- Petugas-petugas Pusat Internet diberi peluang untuk memuat turun aplikasi-aplikasi berkaitan dan mendaftar bagi mendapat mata ganjaran.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: