Multimedia_Asas Penghasilan Video Pemasaran
13 April 2019 | Aktiviti TerkiniPada 12 April 2019 (Ahad) Pusat Internet Putrajaya telah mengadakan kelas asas penghasilan video pemasaran dan seramai 19 orang peserta yang terlibat semasa kelas ini diadakan. Kelas ini diadakan bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 5.00 petang. Pada sesi ini pelajar mempelajari cara menghasilkan video untuk produk mereka menggunakan video editing Filmora. Pada sesi pertama, petugas menerangkan mengenai video pemasaran, jenis- jenis video yang boleh digunakan dan petugas memberi tunjuk ajar langkah demi langkah cara menghasilkan video menggunakan filmora. Pasa sesi kedua, peserta diminta untuk menghasilkan video secara berkumpulan
Tujuan aktiviti :
- Peserta dapat mempelajari cara menghasilkan video untuk produk mereka
- Pelajar dapat meningkatkan kemahiran diri untuk menghasilkan sesuatu yang baru dan sekaligus membantu dalam mempromosi produk
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: