Latihan Pemantapan ICT_Ztype dan Part of PC
5 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniPada 4 Ogos 2019 (Ahad) Pusat Internet Presint 9 Fasa 10 telah mengadakan kelas pemantapan ICT dan seramai 9 orang peserta yang terlibat semasa kelas ini diadakan. Kelas ini diadakan bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 5.00 petang. Pada minggu ini peserta diminta untuk membuat latihan menaip menggunakan applikasi ztype. Applikasi ini memerlukan peserta menggunakan kemahiran menaip dengan lebih pantas untuk menjayakan misi ini. Bagi sesi kedua setiap peserta diminta menjawab soalan mengenai parts of computer dan mendapat markah. Hanya pelajar yang berjaya menjawab dengan tepat sahaja boleh menyertai sesi kedua soalan mengenai using a mouse. Peserta yang mendapat markah tertinggi menerima hadiah misteri dari pusat internet
Tujuan aktiviti :
- Salah satu latihan untuk meningkatkan kemahiran menaip dengan pantas dan tepat
- Melalui aktiviti seperti ini, peserta dapat mengenali dan mengingati setiap kedudukan huruf, angka dan simbol yang terdapat di papan kekunci
- Latihan kuiz seperti ini dapat membantu pesera lebih terdedah dan memahami peranan setiap komponen komputer
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: