Pembelajaran Atas Talian – Microsoft Team/ Google Meet
19 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniSepanjang 18 Mei 2021 – 21 Mei 2021, Pusat Internet Komuniti Presint 9 Fasa 10 menyediakan kemudahan dan bantuan kepada para pelajar yang mengikuti Pembelajaran di Rumah (PdPR). Sesi pembelajaran bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Pelajar menggunakan applikasi Microsoft Team dan Google Meet untuk berinteraksi dengan guru. Pelajar diminta untuk sentiasa memakai pelitup muka dan mengikuti SOP yang ditetapkan . Dengan adanya kemudahan seperti ini, dapat membantu proses pembelajaran berjalan dengan lancar dan pelajar dapat menggunakan kemudahan yang disediakan di pusat internet secara percuma
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: