Program Keusahawanan - Maxis Business Spark UsahaWIRA
26 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniPada 24 dan 25 Ogos 2021, satu program keusahawanan iaitu Maxis Business Spark UsahaWIRA telah diadakan untuk usahawan yang dianjurkan oleh Maxis. Program ini turut disokong oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dan Strategic Change Management Office (SCMO).
Program ini bertujuan untuk membantu usahawan menerokai dunia digitalisasi, ianya diadakan secara atas talian dan adalah percuma. Program ini menampilkan perkongsian dari panel-panel yang hebat dan ternama seperti wakil agensi kerajaan, perunding peniagaan, shopee serta usahawan yang telah berjaya dalam perniagaan untuk berkongsi perjalanan kisah kejayaan mereka. Melalui program ini juga, peserta dapat mempelajari pelbagai cara dan tips yang dapat membantu mereka untuk mempromosi perniagaan mereka melalui Tik Tok, Facebook, Google, TV dan radio.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: