Kelas Asas Komputer Bersama Tabika KEMAS – Siri 3
11 Februari 2023 | Aktiviti TerkiniPada 10 Februari 2023 (Jumaat) - Pusat Ekonomi Digital Presint 9 Fasa 3 dan Pusat Ekonomi Digital Presint 9 Fasa 10 telah mengadakan Kelas Asas Komputer Bersama Tabika KEMAS Kaktus 1,2,3 dan 4. Seramai 54 orang pelajar Tabika Kemas Kaktus, Presint 9 telah menghadiri kelas ini melibatkan 28 orang pelajar lelaki dan 26 orang pelajar perempuan. Kelas ini telah diadakan sebanyak 2 sesi bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi
Melalui aktiviti ini :
- Peserta berpeluang untuk membuat latihan matematik sambil bermain dalam aktiviti (Number Chart) di laman web www.abcya.com.
- Dapat melatih peserta untuk mengenali dan pandai menggunakan komputer sebagai pendedahan awal kepada teknologi.
Diakhir sesi, petugas membuat tayangan video senaman Penguin dan tayangan video Chicken Dance sebagai aktiviti tambahan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: