Modul 2 - Photoshoot Product
18 Februari 2023 | Aktiviti TerkiniPada 17 Februari 2023 (Jumaat) – PEDi Putrajaya telah menjalankan modul kedua latihan keusahawanan bersama Pelajar Giat Mara Putrajaya sesi 1/2023. Modul kedua ini, merangkumi teknik mengambil gambar produk, rule of third, pemilihan latar belakang, penggunaan Mini Studio, Flatlay dan pelbagai lagi. Peserta juga mempelajari cara menggunakan applikasi yang boleh digunakan untuk mencantikkan dan menyunting gambar produk mereka seperti snapseed. Program diadakan selama 3 jam bermula 9.30 pagi sehingga 12.30 bertempat di PEDi Presint 9 Fasa 10 yang dihadiri oleh 19 orang .
Bagi sesi kedua, peserta diberikan tugasan hands on dimana perlu mengambil gambar produk mereka menggunakan Mini Studio dan Flatlay yang disediakan. Setiap pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan perlu menghantar 1 gambar Mini Studio dan 1 gambar Flatlay, seterusnya setiap hasil tugasan tersebut akan dipaparkan di skrin utama. Melalui modul seperti ini, peserta dapat mempelajari teknik yang betul dan baik dalam penghasilan gambar produk, sekaligus dapat membantu menarik perhatian pelanggan untuk melihat serta membeli produk mereka. Program diakhiri dengan sesi tayangan video Klik Dengan Bijak (KDB) mengenai “Penyebaran Maklumat Tidak Benar”.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: