Aktiviti ICT – Make A Logo With Looka (Contest)
7 Mac 2023 | Aktiviti TerkiniPada 06 Mac 2023 (Isnin) - PEDi Presint 9 Fasa 10 telah mengadakan pertandingan mereka logo yang disertai oleh 8 orang peserta lelaki. Setiap peserta diberi penerangan ringkas mengenai pertandingan dan diberi masa selama satu jam untuk menyiapkan rekaan tersebut. Peserta yang dapat menghasilkan logo yang menarik dan menepati kriteria yang ditetapkan menerima hadiah berupa wang tunai.
Logo hasil rekaan adik Mohd Aqil yang berusia 13 tahun dipilih sebagai- logo terbaik dan berjaya mengalahkan peserta yang lain . Bagi sesi kedua diadakan pertandingan kuiz kahoot bertemakan bulan Ramadhan dan pemenang utama juga turut menerima hadiah berupa wang tunai yang dimenangi oleh adik Muhammad Ashwad Bin Mohd Asri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: