Program Aplikasi Quiver Bersama Pelajar Tabika KEMAS
28 Oktober 2023 | Aktiviti TerkiniPada 27 Oktober 2023 (Jumaat) - Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 9 Fasa 3 dan Presint 9 Fasa 10 telah menjalankan Program Aplikasi Quiver bersama KEMAS Kaktus 2 dan 3. Program ini telah diadakan di PEDi Presint 9 Fasa 3 melibatkan 39 orang pelajar yang terdiri daripada 22 pelajar perempuan dan 17 pelajar lelaki. Program ini juga turut dibantu oleh petugas PEDi Presint 9 Fasa 3 dan petugas Presint 9 Fasa 10 serta dua orang guru tabika KEMAS. Program ini berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir pada pukul 11.30 pagi.
Program dimulakan dengan pengagihan lukisan kartun untuk diwarnakan dan pelajar perlu menggunakan pensil warna masing-masing. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diminta untuk mewarnakan lukisan yang diberikan sambil dibantu oleh petugas PEDi. Seterusnya petugas PEDi menggunakan tablet untuk membuka applikasi Quiver dan mengimbas hasil lukisan tersebut. Pelajar dapat melihat secara langsung lukisan tersebut bertukar menjadi 3D, menjadi hidup dan bergerak menggunakan teknologi Augmented Reality (AR). Melalui aktiviti seperti ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar mengenai applikasi terkini, menjadikan sesi pembelajaran menjadi lebih menarik serta dapat membantu meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti pelajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: