Kelas Asas Komputer Bersama Tabika KEMAS – Siri 7
5 Ogos 2023 | Aktiviti TerkiniPada 04 Ogos 2023 (Jumaat) – telah berlangsung Kelas Asas Komputer Bersama Pelajar Tabika KEMAS bagi siri ke 7 bertempat di Bilik Latihan PEDi Presint 9 Fasa 3 yang diadakan selama 2 jam bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Seramai 32 orang pelajar tabika KEMAS Kaktus 3 dan 4 yang terdiri daripada 19 orang pelajar perempuan dan 13 orang pelajar lelaki telah menyertainya. Pengurus PEDi Presint 9 Fasa 10 dan Penolong Pengurus PEDi Presint 16 turut sama membantu sepanjang kelas ini berlangsung. Pada permulaan sesi petugas PEDi, Puan Sarah – Pengurus PEDI Presint 9 Fasa 3 memberi penerangan ringkas mengenai bahagian-bahagian komputer dan mengadakan pop kuiz menggunakan applikasi online Wordwall.
Peserta perlu memberikan jawapan yang tepat berdasarkan gambar yang dipaparkan pada skrin utama. Pada latihan kali ini, setiap pelajar berpeluang mempelajari dan membuat aktiviti pembelajaran secara online – Keyboarding Zoo di laman web www.abcya.com dan setiap pelajar perlu membuat latihan secara invidual di komputer sambil dibantu oleh petugas-petugas PEDi. Bagi aktiviti kedua, peserta diminta untuk berkumpul dihadapan skrin utama untuk aktiviti belajar mengira (operasi tambah dan tolak) secara berkumpulan. Seterusnya sesi diakhiri dengan aktiviti tambahan – tayangan video senaman dan semua pelajar diminta bersama-sama untuk melakukan senaman ini bersama petugas PEDi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: