Program Hari Bersama Komuniti Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Perumahan Awam Seri Sabah, Kuala Lumpur
15 Oktober 2023 | Aktiviti TerkiniPada 14 Oktober 2023 (Sabtu), telah berlangsung Program Hari Bersama Komuniti Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mulai dari pukul 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Program ini diuruskan oleh barisan petugas PEDi Perumahan Awam Seri Sabah dan dibantu oleh beberapa PEDi yang berdekatan.. Turut hadir atas jemputan pihak MCMC sendiri ialah petugas-petugas daripada PEDi Putrajaya bagi menjayakan program ini. Seramai lebih kurang 300 komuniti setempat dan berhampiran telah hadir dalam program yang telah diadakan di perkarangan PEDi PA Seri Sabah 3A.
Program ini dianjurkan oleh MCMC dengan kerjasama rakan-rakan strategik seperti PDRM, MAXIS, MAIWP, KPM dan sebagainya yang turut bersama-sama membuka booth pameran untuk menarik minat pengunjung yang hadir. Selain itu, ada juga aktiviti menarik yang lain seperti perkongsian mengenai program-program yang ditawarkan di PEDi, kempen advokasi Klik Dengan Bijak, Sebenarnya.my, pendaftaran ahli baharu PEDi secara percuma, Cabutan Bertuah, Tiktok Shop, Kuiz myCyberGenius, Jualan Rahmah dari pihak MYDIN, sesi interaksi mengenai aduan perkhidmatan telekomunikasi bersama komuniti setempat dan Booth Pameran & Jualan Usahawan PEDi antaranya ialah Frozen Food, Cocktail Fruits, Essential Goods, Hand Craft dan Coffee & Bouquet.
Pada jam 9 pagi program ini dimulakan dengan taklimat daripada ASP Rahmat Fitri Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul. Program ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Kuala Lumpur pada jam 10.30 pagi. Kemudian program diteruskan dengan penyampaian Simkad Pakej Rahmah Prabayar 5G kepada komuniti setempat. Program ini diadakan khususnya untuk mempromosikan perkhidmatan, peranan dan fungsi PEDi kepada komuniti setempat selain memaklumkan kepada masyarakat bahawa semua rakyat tidak kira latar belakang boleh menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PEDi. YB Dato’ Seri Wan Azizah dalam ucapannya juga turut berharap agar kewujudan PEDi ini menjadi pemangkin kepada kepesatan transformasi pendigitalan dan menjadikan satu budaya sihat dalam kalangan komuniti di seluruh negara dan di Parlimen Bandar Tun Razak sendiri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: