Program Advokasi KafeTEEN@PEDi
8 Oktober 2023 | Aktiviti TerkiniPada 07 Oktober 2023 (Sabtu) - Pihak KafeTEEN Cawangan Putrajaya telah mengadakan program khas bersama remaja yang berusia dari 12 – 17 tahun. Program ini berlangsung di Bilik Latihan PEDi Presint 9 Fasa 10 bermula pada pukul 2.00 petang sehingga 5.00 petang melibatkan 12 orang peserta. Program dimulakan dengan pengenalan dan tujuan program diadakan yang disampaikan oleh Cik Aiman Atirah, wakil daripada KafeTEEN. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan advokasi sebaran Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI) kepada remaja di Malaysia dan melaksanakan program KafeTEEN yang memfokuskan kepada Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial kepada remaja di komuniti setempat.
Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan mereka perlu membuat aktiviti yang disediakan oleh pihak KafeTEEN. Program diakhiri dengan penyerahan goodies dan sesi bergambar petugas PEDi, peserta serta wakil daripada KafeTEEN. Petugas PEDi Presint 18, Puan Anis turut memberikan penerangan mengenai Program MIV dan applikasi QuiverVision yang boleh dimuat turun melalui “Google Store” ataupun “App Store. Peserta yang hadir juga berpeluang untuk mencuba applikasi tersebut menggunakan tablet untuk melihat hasilnya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: