Kelas Asas Komputer Bersama Tabika KEMAS – Siri 4
6 Mei 2023 | Aktiviti TerkiniPada 05 Mei 2023 (Jumaat) - Pusat Ekonomi Digital Presint 9 Fasa 3 dan Pusat Ekonomi Digital Presint 9 Fasa 10 telah mengadakan Kelas Asas Komputer Bersama Tabika KEMAS Kaktus 1,3 dan 4. Seramai 36 orang pelajar Tabika Kemas Kaktus, Presint 9 Putrajaya telah menghadiri kelas ini melibatkan 15 orang pelajar lelaki dan 21 orang pelajar perempuan. Kelas ini telah diadakan sebanyak 2 sesi bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi.
Pada sesi pertama petugas memberi penerangan beserta tayangan gambar perkakasan komputer seperti Monitor, Tetikus, Papan Kekunci dan sebagainya serta fungsi dan kegunaanya. Peserta juga berpeluang belajar sambil bermain dalam aktiviti - Uppercase And Lowercas, Mr Clock dan Alphabet Matching di laman web www.abcya.com dan belajar mengira serta nombor di jam - Practice Additons di laman web digipuzzle. Bagi sesi kedua, peserta turut mempelajari pengenalan asas perkakasan komputer sebagai pendedahan awal dan para peserta juga berpeluang belajar sambil bermain dalam aktiviti - Alphabet Order Dan Abc Song di laman web www.abcya.com. Diakhir setiap sesi I dan II, petugas membuat tayangan video mengenai tubuh badan Didi and Friends serta video senaman Chicken Dance sebagai aktiviti tambahan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: