Kelas Asas Komputer Bersama Tabika KEMAS – Siri 10
7 Oktober 2023 | Aktiviti TerkiniPada 06 Oktober 2023 2023 (Jumaat) – PEDi Presint 9 Fasa 3 dan PEDi Presint 9 Fasa 10 telah bekerjasama dengan Tabika KEMAS untuk meneruskan Kelas Asas Komputer Bersama Pelajar Tabika KEMAS bagi siri ke 10 bertempat di Bilik Latihan PEDi Presint 9 Fasa 3. Kelas ini berlangsung selama dua jam bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Seramai 26 orang pelajar daripada Kaktus 1 dan 4 yang terdiri daripada 15 orang pelajar perempuan dan 11 orang pelajar lelaki.
Pada sesi awal kelas pembelajaran, Petugas PEDi memberi penerangan ringkas mengenai bahagian-bahagian komputer seperti monitor, papan kekunci dan tetikus. Petugas juga menerangkan fungsi setiap bahagian komputer tersebut kepada pelajar. Pada latihan kali ini, setiap pelajar berpeluang mempelajari dan membuat aktiviti pembelajaran secara online – Fuzz Bugs Factory Hop dimana pelajar perlu memasukkan fuzz bugs ke dalam bekas yang disediakan mengikut warna dan bagi aktiviti pembelajaran kedua – Uppercase dan Lowercase Letter Match di laman web www.abcya.com.
Bagi sesi kedua, pelajar diminta untuk berkumpul di skrin utama dimana mereka perlu membuat latihan pembelajaran secara berkumpulan untuk menjadikan sesi pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan. Petugas menggunakan applikasi online - digipuzzle.net dan memilih latihan – Animal Count dan Mathracer Addtions untuk aktiviti bersama dimana pelajar berpeluang mengira, menjawab soalan bersama petugas dan rakan- rakan yang lain. Seterusnya sesi diakhiri dengan aktiviti tambahan – tayangan video senaman dan semua pelajar diminta bersama-sama untuk melakukan senaman ini bersama petugas PEDi
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: