Latihan Pemantapan IoT- Applikasi Scratch (Siri II)
17 Julai 2023 | Aktiviti TerkiniPada 16 Julai 2023 (Ahad) - PEDi Presint 9 Fasa 10 telah mengadakan kelas Latihan Pemantapan IoT – Applikasi Scratch Siri II untuk ahli PEDi terdiri daripada 9 orang peserta lelaki dan latihan ini berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 5.00 petang bertempat di Bilik Latihan PEDi Presint 9 Fasa 10. Pada sesi kali ini, peserta mempelajari cara membina game – Fish Shark Game menggunakan applikasi Scratch. Bagi peserta baru diminta untuk mendaftar akaun gmail dan akaun Scratch untuk memudahkan mereka untuk menyimpan hasil rekaan game.
Permulaan sesi, petugas memberikan penerangan pada setiap bahagian dan fungsi di dalam applikasi tersebut untuk memudahkan peserta memahami dan mengikuti step yang betul. Ini bertujuan memastikan peserta berhasil membina game dan game yang dihasilkan berfungsi dengan baik. Setiap peserta diberi masa untuk menghasilkan game tersebut secara individual sambil dibantu oleh petugas. Pada sesi kedua, diadakan aktiviti kuiz pembelajaran secara online menggunakan applikasi kahoot bertemakan subjek Dunia Sains dan Teknologi sebagai aktiviti tambahan. Di akhir kuiz, markah 3 orang peserta yang mendapat markah tertinggi akan dipaparkan di skrin utama.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: