Latihan Pemantapan IoT – Applikasi Scratch (Siri 4)
9 Oktober 2023 | Aktiviti TerkiniPada 08 Oktober 2023 (Ahad) - PEDi Presint 9 Fasa 10 telah mengadakan kelas Latihan Pemantapan IoT – Applikasi Scratch Siri 4 untuk ahli PEDi terdiri daripada 6 orang peserta lelaki dan latihan ini berlangsung selama 1 jam 30 minit bermula pada pukul 4.00 petang sehingga 5.30 petang bertempat di Bilik Latihan PEDi Presint 9 Fasa 10. Petugas PEDI Presint 9 Fasa 3, Cik Aqmar turut hadir untuk membantu sepanjang kelas ini berlangsung. Pada sesi kali ini, peserta mempelajari cara membina jemputan animasi – Birthday Party menggunakan applikasi Scratch.
Peserta diminta untuk mendaftar akaun Scratch untuk memudahkan penyimpanan hasil ciptaan mereka. Pada permulaan sesi pembelajaran, petugas PEDi memberikan penerangan pada setiap bahagian dan fungsi yang ada di dalam applikasi tersebut untuk memudahkan peserta memahami dan mengggunakan kod yang betul. Peserta juga mempelajari cara memuat naik gambar untuk dimasukkan ke dalam applikasi Scratch. Setiap peserta diberi masa untuk menghasilkan jemputan animasi tersebut secara individual sambil dibantu oleh petugas PEDI. Pada sesi kedua, diadakan aktiviti kuiz pembelajaran secara online menggunakan applikasi kahoot bertemakan subjek Bahasa Melayu – Simpulan Bahasan dan subjek Pendidikan Islam – Rukun Islam sebagai aktiviti tambahan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: