Program Taklimat Keselamatan Siber dan Kesedaran E-Waste
27 Julai 2023 | Aktiviti TerkiniPada 26 Julai 2023 (Rabu) - Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Putrajaya telah menjalankan satu Program Advokasi - Taklimat Keselamatan Siber dan Kesedaran E-Waste yang diadakan di SMK Putrajaya Presint 9 (1). Program ini adalah jemputan khas dari pihak sekolah yang diadakan selama dua jam bermula jam 2.30 petang sehingga 4.30 petang bertempat di dewan sekolah melibatkan 200 pelajar dan guru.
Program dimulakan dengan aktiviti senaman A Ram Sam Sam dan aktiviti ini dilakukan bersama pelajar untuk memastikan mereka aktif sebelum taklimat dimulakan. Seterusnya Petugas PEDi, Puan Haryati Binti Sedali menyampaikan Taklimat Keselamatan Siber – Keselamatan Internet Tanggungjawab Bersama. Ini bertujuan memberikan kesedaran kepada para pelajar dan guru mengenai unsur penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian program atau data komputer, pencurian maklumat serta penggodaman dan diselitkan soalan pop kuiz sebagai aktivti sampingan. Seterusnya diadakan aktiviti Kuiz Advokasi MyCyberGenius yang dikendalikan oleh Petugas PEDi, Puan Sarahhaziqah binti Usoldin. Lima orang pelajar yang mendapat markah tertinggi diberikan hadiah berupa goodies barangan KDB.
Program diteruskan dengan aktiviti Taklimat Kesedaran E-waste daripada pihak Maxis, Puan Siti Noraini Binti Hj Abd Rahman dimana beliau berkongsi maklumat mengenai e-Sisa atau e-Waste, iaitu merangkumi semua jenis peralatan elektrik dan elektronik (EEE) dan bahagian-bahagiannya yang telah dibuang oleh pemilik sebagai sisa tanpa niat untuk penggunaan semula. Seterusnya, diadakan aktiviti Kuiz E-waste yang dikendalikan oleh Petugas PEDi, Puan Sarahhaziqah binti Usoldin dan lima orang pelajar yang mendapat markah tertinggi diberikan hadiah berupa gajet. Sebelum sesi berakhir, diadakan penyampaian hadiah kepada dua orang pelajar yang aktif sepanjang program berlangsung yang menerima hadiah barangan tripod dan penyampaian hadiah saguhati kepada petugas PEDi dan guru. Program diakhiri dengan sesi bergambar bersama pelajar dan guru-guru.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: