Latihan Asas ICT – Typing Test
16 Julai 2023 | Aktiviti TerkiniPada 15 Julai 2032 (Sabtu) – PEDi Presint 9 Fasa 10 telah mengadakan kelas Latihan Asas ICT yang telah disertai oleh 9 orang peserta terdiri daripada 7 lelaki dan 2 perempuan. Sesi pembelajaran berlangsung selama 2 jam bertempat di Bilik Latihan PEDi Presint 9 Fasa 10 bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 5.00 petang. Pada sesi kali ini, beberapa orang peserta baru berminat untuk menyertai kelas dan petugas memberikan penerangan ringkas mengenai komponen komputer sebagai pendedahan awal kepada mereka. Petugas menerangkan dengan lebih lanjut mengenai setiap bahagian di papan kekunci untuk memudahkan peserta untuk membuat latihan menaip.
Peserta diberikan tunjuk ajar cara menaip menggunakan applikasi atas talian, TypingTest.com dan setiap peserta diminta untuk membuat latihan mengikut kategori (Easy Text, Medium Text, Hard Text). Seterusnya, sesi diteruskan dengan tayangan video Klik Dengan Bijak (KDB) – Terlebih Kongsi dan Identiti Sebenar. Petugas mengadakan sesi soal jawab bersama peserta untuk mengetahui pandangan dan pemahaman peserta mengenai video tersebut dan menyelitkan kata-kata nasihat untuk mereka. Seterusnya diadakan aktiviti kuiz kahoot iaitu Peranti Komputer dan Bahasa Melayu – Penjodoh Bilangan. Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk menguji pengetahuan peserta dan menjadikan sesi pembelajaran menjadi lebih menarik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: