Latihan Keusahawanan Bersama Pelajar Giat Mara – WhatsApp Business & Shopee
27 Mei 2023 | Aktiviti TerkiniPada 26 Mei 2023 (Jumaat) – PEDi Putrajaya telah meneruskan sesi pembelajaran untuk modul ke-5, Latihan Keusahawanan bersama Pelajar Giat Mara Putrajaya sesi 1/2023. Fokus utama bagi modul ni adalah penggunaan WhatsApp Business dan Shopee dimana pelajar didedahkan kepada fungsi, cara menggunakannya dan impak hasil daripada penggunaan applikasi ini. Bagi sesi pertama, Petugas PEDi Presint 9 Fasa 10, Puan Harwani memulakan sesi pembelajaran dengan memberi penerangan mengenai asas perniagaan atas talian dan berkongsi beberapa tips yang boleh digunakan oleh pelajar untuk memulakan sesuatu perniagaan. Pelajar yang hadir turut berpeluang mempelajari cara menggunakan applikasi WhatsApp Business.
Petugas memberi penerangan pada setiap ciri-ciri yang ada di applikasi tersebut untuk memastikan setiap pelajar dapat memahami penggunaannya dan seterusnya dapat memudahkan urusan perniagaan mereka kelak. Bagi sesi kedua, modul Shopee dikendalikan oleh Puan Haryati, Pengurus dari PEDi Presint 18 dimana petugas menerangkan kelebihan dan langkah-langkah menguruskan kedai Shopee dan membantu pelajar Giatmara Putrajaya untuk menghasilkan kedai Shopee mereka secara individual.
Pelajar-pelajar juga diberi tips dan kaedah yang perlu dilakukan untuk pelajar dapat meningkatkan hasil jualan dengan menggunakan aplikasi Shopee ini. Program ini diadakan selama dua jam bermula 10.00 pagi sehingga 12.00 bertempat di Bilik Latihan PEDi Presint 9 Fasa 10 yang dihadiri oleh 21 orang pelajar dan seorang guru pengiring. Latihan Keusahawanan pada sesi kali ini merupakan modul terakhir untuk para pelajar dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada mereka sepanjang tempoh sesi pembelajaran dari Modul 1 hingga Modul ke-5.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: