Latihan Pemantapan STEM – Kincir Angin Kertas
9 Oktober 2023 | Aktiviti TerkiniPada 08 Oktober 2023 (Sabtu) - PEDi Presint 9 Fasa 10 telah mengadakan kelas Latihan pemantapan STEM untuk ahli PEDi yang terdiri daripada 8 orang peserta lelaki dan 3 orang peserta perempuan. Latihan ini berlangsung selama 1 jam 30 minit bermula pada pukul 2.30 petang sehingga 4.00 petang bertempat di Bilik Latihan PEDi Presint 9 Fasa 10. Petugas daripada PEDi Presint 9 Fasa 3, Cik Aqmar turut hadir membantu dalam memastikan kelas berjalan dengan lancar. Pada permulaan sesi, Petugas PEDi mengadakan kuiz kahoot bertemakan subjek Bahasa Melayu.
Peserta perlu menjawab 16 soalan dan tiga orang peserta yang mendapat markah tertinggi dapat dilihat di paparan skrin utama sebaik sahaja soalan tamat. Peserta perlu menjawab dengan tepat dan cepat untuk mendapatkan markah. Bagi sesi kedua, peserta diminta untuk menghasilkan Kincir Angin Kertas menggunakan bahan seperti kertas warna, straw, dawai, gunting, pensil, pembaris dan gam. Petugas membuat tayangan video youtube, memberikan penerangan dan tunjuk ajar cara untuk menghasilkannya. Peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan dan mereka perlu bekerjasama untuk memastikan Kincir Angin Kertas berjaya dihasilkan dalam tempoh masa yang diberikan. Dihujung sesi, setiap kumpulan perlu membentangkan hasil rekaan mereka dihadapan petugas PEDi dan rakan-rakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi mereka
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: