Latihan Asas ICT – Wordwall dan Origami Paper Mat
22 Oktober 2023 | Aktiviti TerkiniPada 21 Oktober 2023 (Sabtu) - PEDi Presint 9 Fasa 10 telah mengadakan Kelas Latihan Asas ICT untuk ahli PEDi terdiri daripada 11 orang peserta lelaki dan latihan ini berlangsung selama 3 jam bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 6.00 petang bertempat di Bilik Latihan PEDi Presint 9 Fasa 10. Pada permulaan sesi, petugas menerangkan mengenai applikasi Wordwall dimana peserta dapat membuat latihan pembelajaran dan permainan pendidikan seperti crossword. Petugas membuka applikasi tersebut dan peserta dapat melihatnya di skrin utama.
Setiap peserta diminta untuk menjawab soalan secara bergilir dan sekiranya mereka tidak dapat menjawab, soalan tersebut dibuka kepada rakan yang lain. Pada sesi kedua, peserta perlu menghasilkan origami paper mat menggunakan bahan – bahan seperti kertas warna, gunting, gam dan pembaris. Mereka dibahagikan kepada lima kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada 2 orang peserta. Mereka perlu bekerjasama untuk menyiapkan tugasan, seterusnya diminta untuk membentangkan hasil kerja di hadapan petugas PEDi dan rakan-rakan yang lain. Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan mereka untuk berinteraksi di khalayak ramai dan sekaligus meningkatkan kemahiran komunikasi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: