Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku
8 Disember 2025 | Aktiviti TerkiniProgram Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku telah berlangsung selama tiga hari, bermula pada Jumaat hingga Ahad (05 hingga 07 Disember 2025) bertempat di Dataran Putrajaya. Program ini berperanan sebagai platform titik temu antara kerajaan dan rakyat, sekali gus menzahirkan pelaksanaan ekosistem dasar kerajaan secara holistik, inklusif dan mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat. Kemuncak program ini diserikan dengan kehadiran YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menyempurnakan majlis perasmian penutupan pada hari terakhir penganjuran serta berinteraksi secara langsung bersama rakyat
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di bawah seliaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) turut mengambil bahagian sebagai pempamer reruai dengan mempromosikan pelbagai perkhidmatan pintar NADI. Antara aktiviti yang dijalankan di reruai NADI termasuk pendaftaran ahli secara mudah alih (mobile registration), pertandingan e-Sukan, jualan usahawan NADI, saringan kesihatan serta sesi penerangan berkaitan perkhidmatan pintar NADI seperti Kursus Tiny Techies untuk pelajar sekolah, Kursus Mahir NADI, Kursus Keselamatan Siber dan Program Dilea. Selain itu, pengunjung yang hadir ke reruai NADI turut menerima cenderahati menarik dengan melengkapkan cop di setiap kaunter perkhidmatan pintar NADI
NADI Putrajaya yang melibatkan Presint 16, Presint 18, Presint 9 Fasa 3 dan Presint 9 Fasa 10 telah bergabung tenaga sebagai pempamer reruai sepanjang program ini. Program bermula seawal 8.30 pagi dan berakhir pada 6.00 petang, dengan sambutan yang amat menggalakkan daripada para pengunjung.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: