NADI @ Program Bersama Ibu Bapa SK Putrajaya Presint 5(1)
14 Januari 2025 | Aktiviti Terkini13 Januari 2025, Isnin – Pusat Sebaran Maklumat Nasional, NADI Putrajaya yang terdiri daripada NADI Presint 18, NADI Presint 16, NADI Presint 9 Fasa 3 dan NADI Presint 9 Fasa 10 telah dijemput untuk memberi taklimat kesedaran Safe & Shield kepada ibu bapa murid-murid Tahun 1 dan 2.
Program ini merupakan program anjuran Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1) yang dikendalikan oleh Cikgu Khairul selaku guru Bahasa Melayu. Program ini bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga pukul 12.00 tengah hari. Seramai 27 orang ibu bapa yang hadir ke program.
Turut diadakan aktiviti seperti :
1. Taklimat pengenalan NADI.
2. Taklimat 5 Perkhidmatan pintar NADI.
3. Pendaftaran Ahli NADI.
4. Penggunaan Tablet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: