Pertandingan NADI E-Sukan - Mobile Legends Bang Bang (Musim 2)
2 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 01 Mac 2025 (Sabtu) – NADI Presint 9 Fasa 10 telah mengadakan Pertandingan NADI E-Sukan - Mobile Legends Bang Bang bagi musim kedua. Pertandingan ini adalah peringkat saringan dan ianya bertujuan untuk mencari pasukan yang akan mewakili NADI untuk peringkat negeri. Pada musim ini, seramai 8 pasukan telah menyertai dan pertandingan telah diadakan 2 sesi - sesi pagi dan petang.
Program ini dimulakan dengan taklimat penerangan oleh Pengurus NADI, Puan Harwani dan pengurus turut mengadakan kelas kesedaran kepada peserta yang terlibat. Petugas membuka tayangan video NADI x eSukan - Podcast Episod 5: Kepentingan Kesihatan dalam e-Sukan yang disampaikan oleh Dr Zatul, Pengasas Esports MedicA. Sepanjang sesi pertandingan berlangsung diadakan juga aktivtiti sampingan seperti pemeriksaan kesihatan dan aktiviti Kuiz NADI E-Sukan.
Pasukan WYN Family telah memenangi Pertandingan NADI E-Sukan - Mobile Legends Bang Bang musim kedua dan seterusnya akan mewakili NADI Presint 9 Fasa 10 untuk bertanding di peringkat negeri .
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: