Program NADI x Tiny Techies Workshop – Phyton
9 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 08 Mac 2025 (Sabtu) – Telah berlangsung program Tiny Techies Workshop – Phyton yang merupakan bengkel khusus untuk pelajar yang berumur 16 – 17 tahun. Peserta berpeluang mempelajari asas pengaturcaraan bahasa Phyton dalam konteks applikasi sains dalam kejadian harian.
Bengkel ini diadakan selama 2 jam bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari dan telah disertai oleh 3 orang pelajar sekolah menengah. Peserta berpeluang mempelajari dan mengggunakan web Future Skills For All. Peserta diminta untuk melengkapkan kursus dan seterusnya perlu menjawab kuiz yang disediakan dan perlu mendapat markah sekurangnya 7 markah untuk mendapat sijil.
Program ini selari dengan subjek sains komputer Tingkatan 4 dan 5. Peserta dapat meningkatkan kemahiran teknologi, memupuk kreativiti dan inovasi serta meningkatkan keyakinan untuk bersaing pada tahap yang lebih tinggi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: