Grand Final Capture The Flag (CTF) 2025
25 September 2025 | Aktiviti Terkini24 – 26 September 2025, (Rabu-Jumaat) – Program Grand Final Capture The Flag (CTF) 2025 telah berlangsung selama tiga hari di Hotel Mercure Putrajaya. Program ini merupakan kemuncak kepada siri pertandingan keselamatan siber di bawah inisiatif NADI x Cybersecurity, yang melibatkan pasukan-pasukan terbaik dari lima zon iaitu Zon Utara, Zon Timur, Zon Selatan, Zon Sentral, dan Zon Borneo. Pasukan-pasukan yang bertanding telah menjalani bengkel intensif selama lima bulan dan berjaya mara ke Pusingan Kelayakan pada 28 Jun 2025.
Program NADI Cybersecurity ini di bawah inisiatif Perkhidmatan Pintar NADI – Teras Pembelajaran Sepanjang Hayat dan telah menarik lebih daripada 600 penyertaan ahli NADI daripada 12 negeri, dengan 27 finalis mara ke peringkat akhir.
Salah seorang peserta daripada NADI Presint 9 Fasa 10 - Muhammad Zaim Akhtar Bin Zaiful Anuar, telah tersenarai sebagai peserta untuk peringkat akhir di bawah kumpulan Zon Sentral & Borneo A. Perlawanan pada 25 September 2025 bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang dan melibatkan lapan kumpulan mengikut zon masing-masing. Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Capture The Flag (CTF) NADI Cybersecurity 2025 telah berlangsung pada malam yang sama, menandakan kemuncak pertandingan yang bermula sejak Januari lalu.
Dalam perlawanan sengit ini, juara daripada kumpulan Zon Sentral Borneo A berjaya membawa pulang hadiah bernilai RM30,000, manakala naib juara daripada kumpulan Zon Sentral Borneo B menerima RM20,000, dan tempat ketiga daripada kumpulan Zon Selatan A membawa pulang RM10,000. Hadiah tersebut telah disampaikan oleh Yang Berusaha Dr. Mohd Arif bin Adenan, Ketua Pejabat NADI MCMC.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: