Program Hari Keselamatan Internet 2026
9 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniProgram Hari Keselamatan Internet 2026 telah berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur bermula pada jam 7 pagi sehingga jam 6 petang yang merangkumi penglibatan agensi. NADI juga berpeluang untuk membuka Reruai Perkhidmatan Pintar NADI dan E-sukan NADI, Reruai Usahawan, Sokongan Peserta, Penglibatan Petugas NADI dan Promosi kepada komuniti sekitar. Terdapat pelbagai aktiviti menarik di reruai perkhidmatan pintar NADI iaitu Pendaftaran ahli NADI, Cybersecurity, VR NADI, Saringan Kesihatan Asas, E-Sukan NADI dan Usahawan NADI
Seramai 42 orang peserta daripada NADI Putrajaya telah dihantar bagi memeriahkan program tersebut. Pihak penganjur telah menyediakan perkhidmatan pengangkutan bas bagi memudahkan pergerakan peserta ke lokasi program. Para peserta mula berkumpul pada jam 6.30 pagi dan bas bertolak pada jam 7.00 pagi menuju ke Taman Tasik Titiwangsa. Bas telah selamat tiba di perkarangan lokasi program pada jam 8.00 pagi. Seterusnya, para peserta menjalankan aktiviti santai dan bebas sementara menunggu majlis perasmian yang dijangka berlangsung pada jam 10.30 pagi. Setelah itu, wakil peserta daripada Putrajaya telah bergerak pulang pada jam 2.00 petang dengan menaiki bas yang telah disediakan oleh pihak penganjur
Objektif utama program ini adalah untuk mempromosikan kesedaran, pendidikan dan penglibatan mengenai keselamatan Internet.
• Keselamatan Internet - Meningkatkan kesedaran awam dan pengetahuan tentang isu semasa serta keselamatan siber melalui program dan aktiviti seperti pameran dan sesi ceramah.
• Gaya Hidup Sihat & Aktif - Menggalakkan aktiviti fizikal dan gaya hidup sihat me-lalui aktiviti yang menekankan kesejahteraan dan keseronokan.
• Masyarakat MADANI Digital - Membentuk masyarakat MADANI yang berpengetahuan, berdaya saing, dan prihatin terhadap isu keselamatan dalam talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: