Pelancaran E-Kelas
30 November 2016| Aktiviti TerkiniPada 29 November 2016 yang lalu telah diadakan pelancaran program E-Kelas iaitu kelas tuisyen secara atas talian. Pelancaran ini adalah untuk memperkenalkan program tuisyen atas talian yang disediakan oleh pihak Maxis. Program E-Kelas adalah percuma dan disediakan bagi pelajar-pelajar tingkatan 1-3 bagi menaiktaraf pembelajaran mereka di sekolah. Program ini berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 4 petang bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Putrajaya Presint 9 Fasa 10 bersamaan dengan pelancaran E-Kelas yang turut diadakan di Menara Maxis, Kuala Lumpur.
Berikut adalah kebaikan dan kelebihan menghadiri kelas yang dianjurkan
Program ini disediakan di Pusat Internet 1 Malaysia Putrajaya Presint 9 Fasa 10 adalah untuk memberi pendedahan tentang ilmu-ilmu berkaitan internet, literasi digital (KDB & e-Waste) serta kemahiran komunikasi disamping memperkenalkan kelebihan E-Kelas. Pendaftaran pelajar baru juga turut diadakan bagi program E-Kelas. Program yang dianjurkan adalah percuma disamping peserta-peserta program boleh mendapat ilmu yang berguna untuk aktiviti di sekolah mereka nanti. Peserta-peserta juga seronok dalam sesi pembelajaran tersebut kerana dikelilingi oleh rakan-rakan sebaya serta dapat berkongsi pengalaman di antara mereka.
Berikut adalah antara aktiviti yang diadakan sepanjang program ini dijalankan
- Sesi pembelajaran amat menyeronokkan kerana peserta-peserta boleh terus berinteraksi secara streaming dengan tenaga pengajar dan boleh melihat aktiviti yang diadakan secara langsung.
- Peserta-peserta dapat berpeluang menimba ilmu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: