Program E-Kelas Maxis
2 Januari 2016| Aktiviti TerkiniBermula pada bulan Januari 2016, pihak MAXIS telah berbesar hati menyediakan kelas tuisyen online secara percuma bagi pelajar-pelajar yang berdekatan dengan Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 10. Kelas tuisyen online ini dihadiri oleh pelajar-pelajar sekolah menengah tingkatan 1 hingga tingkatan 3.
Berikut adalah kebaikan dan kelebihan menghadiri kelas yang dianjurkan
Program ini disediakan untuk kemudahan pelajar-pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 3 mendapat ilmu melalui kelas tuisyen online yang disediakan oleh pihak MAXIS secara percuma. Memberi kelebihan kepada pelajar-pelajar serta ibubapa yang kurang berkemampuan untuk mendapat pendidikan secara percuma.
Pelajar-pelajar disediakan 3 subjek utama, iaitu Sains, Matematik dan English. Guru-guru yang disediakan oleh pihak MAXIS juga adalah antara guru-guru yang berpengalaman mengajar. Pelajar-pelajar juga seronok dalam sesi pembelajaran tersebut kerana dikelilingi oleh rakan-rakan sebaya serta sering berinteraksi dengan guru secara langsung.
Berikut adalah antara aktiviti yang diadakan sepanjang program ini dijalankan
- Sesi pembelajaran secara online amat menyeronokkan hasil telekomunikasi 2 hala antara pelajar dan guru.
- Pelajar-pelajar berpeluang menimba ilmu dan berkongsi maklumat dengan pelajar-pelajar dari pusat internet yang lain
- Pelajar-pelajar dapat mengajukan sebarang soalan kepada guru secara langsung.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: