Keusahawanan FB-Pemasaran
14 Mac 2015 | Aktiviti TerkiniPada 12 hingga 13 Mac 2015 telah dijalankan program kursus keusahawanan facebook di Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 10 dan dihadiri oleh petugas-petugas Pusat Internet 1 Malaysia Putrajaya serta Komuniti Putrajaya bagi Komuniti Presint 9 Fasa 10 Putrajaya. Kehadiran peserta adalah seramai 27 orang dan disampaikan oleh Puan Shakirah. Program ini diadakan bagi memberi pengetahuan dan pendedahan bagi usahawan-usahawan untuk memperluaskan lagi strategi pemasaran mereka melalui kemudahan-kemudahan yang terdapat dalam Facebook.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: