Taklimat Pendaftaran Dan Orientasi E-Kelas : Ice Breaking
11 Januari 2016| Aktiviti TerkiniPada 10 Januari 2016 telah diadakan satu sesi pendaftaran dan ibu bapa diberi taklimat tentang e-kelas di sebelah pagi. Manakala sesi ice breaking bagi orientasi e-kelas bertempat di bilik latihan PI Putrajaya Presint 9 Fasa 10 bermula dari pukul 2.00 hingga 5.00 petang.
Berikut adalah kebaikan dan kelebihan menghadiri kelas yang dianjurkan
Memberi peluang kepada ibu bapa yang belum mendaftarkan anak mereka untuk membuat pendaftaran disamping mendengar taklimat dari pihak maxis tentang e-kelas yang diadakan untuk pelajar-pelajar tingkatan 1-3. Sesi ice-breaking pula adalah untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar mengenali antara satu sama lain di samping melakukan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi ice-breaking tersebut.
Berikut adalah antara aktiviti yang diadakan sepanjang program ini dijalankan
- Pendaftaran baru bagi pelajar-pelajar
- Taklimat oleh maxis tentang cara e-kelas ini dijalankan
- Sesi Ice-Breaking
# Permainan yang menguji minda dan kecekapan
# Melantik ketua kelas bagi setiap tingkatan
# Memberi penerangan peraturan kepada pelajar-pelajar
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: