Program Sepanjang Cuti Persekolahan Siri 3 (Microsoft Power Point)
24 Disember 2016| Aktiviti TerkiniProgram semperna cuti persekolahan yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia Putrajaya Presint 9 Fasa 10 telah menganjurkan program ICT (microsoft power point) untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah bagi mengisi masa lapang mereka dangan program yang bermanafaat. Siri kedua program telah diadakan pada 23 Disember 2016 dengan dihadiri oleh 10 pelajar yang terdiri dari sekolah rendah dan menengah bermula dari 10.15 pagi hingga 12.30 tengahari.
Berikut adalah kebaikan dan kelebihan menghadiri kelas yang dianjurkan
Program ini disediakan untuk memberi pendedahan tentang ilmu-ilmu berkaitan internet dan kegunaan aplikasi microsoft power point. Program yang dianjurkan adalah percuma disamping peserta-peserta program boleh mendapat ilmu yang berguna untuk aktiviti di sekolah mereka nanti.
Peserta-peserta juga seronok dalam sesi pembelajaran tersebut kerana dikelilingi oleh rakan-rakan sebaya serta dapat berkongsi pengalaman di antara mereka. Peserta-peserta dapat mencipta bermacam-macam slaid hasil dari kreativiti mereka sendiri.
Berikut adalah antara aktiviti yang diadakan sepanjang program ini dijalankan
- Sesi pembelajaran amat menyeronokkan kerana peserta-peserta boleh terus berinteraksi dengan tenaga pengajar yang terdiri dari petugas Pusat Internet 1 Malaysia.
- Peserta-peserta dapat berpeluang menimba ilmu dan mencuba bakat mereka dalam aplikasi tersebut.
- Peserta-peserta dapat berinteraksi & mengajukan soalan dan pertanyaan kepada tenaga pengajar secara langsung.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: