dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 9 Fasa 10, Putrajaya
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Taklimat Kempen Internet Selamat – SMK Putrajaya Presint 5 (1)

22 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

NADI Putrajaya telah menjayakan Taklimat Kempen Internet Selamat yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) dengan kerjasama SMK Putrajaya Presint 5 pada 22 Julai 2026 (Rabu), bermula pada jam 2.30 petang

Program ini telah disertai oleh seramai 30 orang pelajar dan dikendalikan oleh petugas NADI Putrajaya dan JAPEN sebagai usaha meningkatkan kesedaran mengenai penggunaan internet yang selamat, beretika dan bertanggungjawab dalam kalangan pelajar

Sepanjang sesi berlangsung, para peserta diberikan pendedahan berkaitan kepentingan menjaga privasi dalam talian, mengenal pasti ancaman siber seperti penipuan dalam talian (scam), buli siber dan penyebaran maklumat palsu, serta langkah-langkah melindungi data peribadi ketika menggunakan platform digital dan media sosial

Melalui program ini, para peserta turut didedahkan kepada amalan terbaik dalam menggunakan teknologi secara berhemah, termasuk kepentingan berfikir sebelum berkongsi maklumat, menghormati etika komunikasi digital serta mengamalkan sikap bertanggungjawab ketika berinteraksi di alam maya

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2024 Semua Hakcipta Terpelihara.